Hari Malaysia

                    malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu,Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

9.15.11.

0

Kisah Imaginasi Bulan & Bintang

(Kisah di bawah hanyalah imaginasi penulis semata-mata.)

Bulan & Bintang

Pada satu malam yang cerah dan gemilang, bulan terang menyinari bumi dan bintang bergemerlapan memancarkan kerlipannya. Namun, diatas sana, ada satu perbualan antara mereka yang tidak didengari oleh sesiapa pun.

Bintang  : Bulan, aku rasa, dalam dunia ni, kau la makhluk yang paling bertuah sekali.

Bulan    : Awat kau cakap macam tu Bintang?

Bintang : ye la, kalau kau perasan, kalau manusia nak melambangkan sesuatu yang cantik, mesti diorang gunakan kau. Contohnya “Bagai bulan dipagar bintang.” Aku jadi pagar kau je Bulan.

Bulan    : Ish, kau ni Bintang. Kau pun apa la kurangnya. Setiap sesuatu yang hebat pun dilambangkan dengan kau. Orang yang hebat dalam nyanyian, orang panggil bintang nyanyian. Kalau dalam sukan, orang panggil bintang bolasepak ke, bintang badminton ke. hebat la jugak kau ni.

Bintang : Betul jugak. Tapi ada yang salahgunakan aku jugak bulan. Cuba kau tengok dulu, komunis yang ganas tu gunakan aku sebagai lambang diorang. Diorang pakai tiga bintang atas topi. Sekarang pun, Israel yang suka buat kerosakan tu pun, letak bintang atas bendera diorang. Aku pun dah rasa bersalah kat penduduk Palestin. Padahal, aku hanya dipergunakan je.

Bulan    : Aku pun sama jugak la bintang. Ramai jugak anak-anak muda bercintan-cintun ni, waktu malam je, masa berdating, mesti cakap, “Bulan menjadi saksi cinta kita.” Aku pun tak tau bila aku jadi saksi. Kadang-kadang tu, aku lalu je situ. Kebetulan pulak masa tu diorang berdating. Bukan aku nak jadi saksi pun. diorang yang nampak aku terus suruh aku jadi saksi. Kau bayangkan la bintang, berapa ramai anak luar iktiraf yang lahir sebab aku dipaksa jadi saksi cinta haram mak ayah diorang?

Bintang : Cerita kau ni memang sedih Bulan. Tak sangka aku diorang sanggup buat kau macam tu.

Sedang asyik mereka berbual, tiba-tiba, datang kepulan awan menyertai mereka.

Angin

Awan    : Assalamualaikum sahabat, kebetulan angin tiup saya kesini. Nak join boleh? Apa yang kalian sembang-sembangkan?

Bulan    : Oh, Encik Awan. Kami tengah sembang-sembang pasal macam-mana manusia gunakan kami. Ada yang guna sebagai perumpamaan yang hebat-hebat, ada yang gunakan untuk kejahatan dan kemaksiatan. Sekarang baru nak masuk topik kegunaan kami kepada manusia sejagat la ni. Kebetulan Encik Awan masuk, boleh la join sekali.

Awan    : Betul tu, kita memang dicipta untuk berbakti kepada manusia. Kalau ada manusia yang guna kita untuk kebaikan, memang rasa seronok. Tapi masalahnya, ada yang guna untuk benda-benda yang tak baik. Masa tu, kita pun tak rela nak berbakti kat diorang. Macam kawan saya si Matahari tu. Sampai sekarang masih ada segelintir manusia yang jadikan dia sebagai sembahan. Dia pun tak boleh nak buat apa-apa. Dia keluar sebab nak bagi tenaga untuk semua manusia dan tumbuhan untuk proses fotosintesis. Bak kata orang Korea, ”eojol su eopshi la”.

Bintang : Wah, pandai Encik Awan ni berbahasa Korea. Encik Awan ni memang antara tulang belakang dalam menyuburkan bumi selain Encik Matahari. Kalau tak de Encik Awan, kering kontang la bumi nanti. Tumbuhan tak dapat hidup subur. Tiada la kehijauan bumi yang kita lihat saban hari, Bulan.

Awan    : Ke situ pulak Bintang ni. Bintang dengan Bulan pun berguna juga untuk manusia. Bintang la yang menjadi petunjuk arah orang-orang yang mengembara dulu sebelum adanya kompas. Bayangkan la dah berapa ramai ilmuwan dan cendekiawan dahulu kala yang mengembara untuk mencari ilmu, gunakan Bintang sebagai pemandu arah. Betapa besarnya jasa bintang. Dan kalau takde Bulan pulak, tiada la bulan Islam. Macam mana umat islam nak berpuasa, raya, haji dan sebagainya? Dan jangan tak tau, Bulan juga penting dalam proses pasang surut air.

Bulan    : Encik Awan ni memang intelek cara percakapannya. Kalau kita berbalik pada sirah pun, banyak juga peranan kita yang boleh kita ceritakan kat sini. Contohnya dalam satu ayat dalam surah Yusuf, dimana Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepada baginda. Awan pun pernah memayungi Rasulullah sewaktu perjalanan baginda ke Syam mengikuti ayah saudara Baginda, Abu Thalib sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.

Awan    : Jangan lupa, peristiwa bulan terbelah dua pun merupakan mukjizat Rasulullah juga, dan “An-Najm”, yang bermaksud “Bintang” dan “Al-Burj” yang bermaksud “Gugusan bintang” merupakan antara surah-surah dalam mukjizat Rasulullah paling agung iaitu Al-Quran.

Bintang : Wah, memang sangat besar peranan kita untuk manusia. Dalam sejarah pun banyak rupanya cerita tentang kita.

Bulan    : Betul tu Bintang. Jadi, apa kesimpulan dari perbualan kita yang boleh Encik Awan sampaikan kepada kami?

Awan : Hmmmm. Bagi saya, setiap apa yang Allah jadikan kat dunia ni, tidak sia-sia dan ada peranannya. Cumanya, jangan disalahgunakan je la. Saya sedih jugak bila melihat manusia-manusia yang tak sedar peri-pentingnya mereka wujud di atas muka bumi ni sampai ada yang taknak bagi sumbangan langsung kepada masyarakat dan dunia sejagat.

Bintang : Betul tu. Ramai jugak manusia yang buat benda untuk diri sendiri je, padahal, diorang dicipta untuk berbakti pada seluruh alam ni. Diorang kan khalifah kita. Akibat tak berlaku adil pada kita la, bumi pun dah start protes dah. Kejap-kejap nak bergegar je.

Bulan    : Kesian bumi, dia la yang paling teruk dianiaya akibat perbuatan pentingkan diri sendiri manusia-manusia ni.

Awan    : Bukan semua manusia macam tu. Harapnya, satu hari nanti akan ramai la manusia yang sedar akan tanggungjawab mereka memakmurkan alam ini, insyaAllah.

Bulan    : nampak macam dah nak Subuh ni Encik Awan. Kami kena balik dulu la.

Awan    : Haah la. Ok la kalau macam tu. Tapi sebelum tu, Saya ada teka-teki untuk anda berdua.

Bintang : Hah, apa dia?

Awan    : Bulan dan Bintang, mana satu ayah, mana satu anak?

Bulan    : Aik? Bila masa pulak kita ada hubungan ayah-anak ni Bintang?

Bintang : Aku pun tak tau la Bulan. Apa jawapannya Encik Awan?

Awan    : Bulan anak, Bintang ayah.

Bulan&Bintang   : Apsal?

Awan    : Bulan bin Tang. Heheh…

Bulan&Bintang   : ….……..

9.15.11.

0

Sibuk Bekerja


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pekerjaan apakah yang paling sibuk di dunia? Masing-masing mengaku merekalah yang paling sibuk di dunia ni. Doktor, pensyarah, guru, jurutera, ahli sukan, wartawan dan macam2 lagi. Ya lah, semua orang sibuk. Sebenarnya saya baru saja membaca artikel ustaz Dr.Zaharuddin bertajuk dilema. Beliau kini bekerja sebagai pensyarah di UIA. Menurut beliau, kerjanya sebagai seorang pensyarah sangat sibuk kerana perlu menjalankan kajian akademik. Ya betul, siapa kata pensyarah tak sibuk? Pensyarah perlu menyumbangkan kajian ilmiah kepada universiti. Kalau pensyarah dalam bidang sains, kena masuk makmal lah jawabnya dan setiap masa perlu membaca journals yang terkini. Pensyarah juga sentiasa dikejar oleh pelajar-pelajar. Itu kerja pensyarah. Kalau kerja doktor? arkitek? jurutera? guru? semuanya sibuk, stress kerja, stress kena marah dengan bos, tapi hujung bulan dapat gaji. Ada lagi satu kerja yang juga super busy tapi tidak dibayar gaji iaitu kerja suri rumah. 

Ya bekerja sebagai suri rumah 24 jam. Kerja yang tak pernah habis. Ada saja kerja rumah yang nak dibuat. Kerja suri rumah ini mencabar. Ada tekanan yang tersendiri. Ia suatu pengorbanan yang besar oleh kaum ibu di mana kita bekerja menguruskan rumah setiap masa, memasak dan dalam masa yang sama kita juga perlu mendidik anak. Kita lah bos kitalah kuli dan gaji kita tidak dibayar di dunia tapi Allah bayar di akhirat kelak. Cubalah suruh suami kita jadi suri rumah sehari atau dua hari, mesti rumah jadi seperti tongkang pecah. Mungkin adalah sesetengah lelaki yang rajin mengemas dan tahan dengan karenah anak tapi jarang nak ada. Tapi kenapa lelaki tidak tahan jadi suri rumah dan wanita pula tahan? Sebab pekerjaan suri rumah itu lebih dekat kepada fitrah semula jadi wanita. Dan fitrah lelaki pula cenderung kepada kerja yang lasak sesuai dengan kejadiannya. Kalau wanita bekerja, kalau boleh carilah pekerjaan yang sesuai dengan fitrah seorang wanita yang lemah lembut seperti pendidik, doktor, jururawat, dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Dalam sejarah islam, srikandi-srikandi islam ada yang terlibat dalam bidang pendidikan dan perubatan. 

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”

(Al ‘Asr 103: 1-3)


Tak kira sibuk mana pun kita, jangan lupa kewajipan kita kepada Pencipta. Semoga kita semua menjadi orang-orang yang beruntung di akhirat kelak aminn :). Mengantuk, jumpa lagi.

Masjid

9.12.11.

0

Tag Cloud

Following

Hunneh HamzahTumblr StaffmOmO_FReeB!eSingletinipeek a BOO

Theme Credit